Cyberview Resort & Spa

CYBERJAYA – Penginapan bertaraf lima bintang terkemuka, Cyberview Resort & Spa mencatat sejarah apabila sudah menyumbang kepada sektor pelancongan negara lebih 25 tahun.

Ia diakui oleh Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Ammar Abd Ghapar yang menghargai sumbangan itu apatah lagi Cyberview Resort & Spa juga telah berjaya mempromosi Malaysia sebagai destinasi pelancongan dalam peringkat global hampir tiga dekad.

Kata beliau, persekitaran semula jadi yang menakjubkan, penginapan mewah dan kemudahan lengkap Cyberview Resort & Spa sentiasa menjadi pilihan utama bagi pengunjung yang ingin bersantai.

“Kita amat hargai segala sumbangan Cyberview Resort & Spa yang bukan sahaja sudah menempa nama peringkat global sebaliknya juga berjaya melonjakkan nama kita dalam industri pelancongan. Terima kasih kepada sumbangan ini.

“Semoga resort ini akan terus melonjak dan memperhebatkan industri pelancongan ini ke tahap lebih hebat lagi selepas ini dengan mencipta seribu satu kenangan buat semua tetamu khasnya pelancongan luar,” katanya baru-baru ini.

Turut hadir pada majlis menyambut ulangtahun ke-25 ini termasuklah Lembaga Pengarah Setia Haruman Sdn Bhd, CK Lao, Peter Teh dan Farah Mahami Mustapha Kamal; Lembaga Pengarah Setia Haruman Sdn Bhd & Cyberview Lodge Sdn Bhd, Liong Kok Kit; Pengerusi Cyberview Lodge Sdn Bhd & Lembaga Pengarah Setia Haruman Sdn Bhd, Datuk Fazwinna Mustapha Kamal serta Lembaga Pengarah Cyberview Lodge Sdn Bhd, Wendy Li.

Dalam pada itu, Pengurus Besar Cyberview Resort & Spa, Yesodharan Santhesegaran berkata, kejayaan dikecapi melalui visi dan misi sejak 25 tahun kerana dedikasi tinggi warga kerja resort tersebut.

Pencapaian ini bukti dedikasi dan kerja keras seluruh pekerja serta sokongan tidak berbelah bahagi daripada pengunjung setia.

“Kami akan terus memberikan servis melebihi jangkaan dan memberikan pengalaman luar biasa pada masa akan datang,” ujarnya dalam kenyataan.

Untuk makluman, Cyberview Resort & Spa terletak  turut menawarkan pengalaman gastronomi sajian terbaik yang disediakan di tiga restoran miliknya,Restoran Veranda bagi menikmati santapan kasual sepanjang hari, Restoran Cina Xing Zhu dengan hidangan Cina dan Bistro Cascata Itali.

Resort itu juga fasiliti kolam renang tiga tingkat, pengunjung juga boleh bersantai dan berehat dengan menikmati urutan menyamankan di Sembunyi Spa. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast