KUALA LUMPUR – Kerja-kerja penambahbaikan, penyenggaraan dan penggantian aset di Loji Rawatan Air Sungai Langat (LRA Sg Langat) masih dijalankan dan mengalami sedikit kelewatan.

Air Selangor berkata, kerja-kerja tersebut kini dijangka siap pada jam 9 malam, 10 Oktober 2023 (Selasa).

Namun begitu, kelewatan dalam pelaksanaan kerja-kerja ini tidak akan menjejaskan pemulihan penuh bekalan air kepada para pengguna di kawasan terjejas di wilayah Petaling, Kuala Lumpur, Hulu Langat.

Bekalan air akan disalurkan secara berperingkat-peringkat kepada para pengguna setelah sistem bekalan air distabilkan.

Tempoh masa pemulihan bekalan air adalah berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna.

Bekalan air masih dijangka akan pulih sepenuhnya pada jam 12 tengah hari, 12 Oktober 2023 (Khamis), tambahnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast