Datuk Seri Yahaya Othman

KUANTAN – Pemergian Pegawai Turus Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), ASP Razali Harun pada petang semalam merupakan kehilangan besar buat Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Pahang.

Ketua Polis Pahang, Pemergian Razali Harun kehilangan besar buat polis Pahang berkata, Razali yang ditemuinya beberapa hari lalu berada dalam keadaan sihat namun beliau tidak menyangka pemergiannya itu.

”Salam takziah buat keluarga Allahyarham Razali sekeluarga, Sebelum ini arwah ada maklumkan penyakit dan terima rawatan susulan,

”Kita merasa kehilangan besar, beberapa hari lepas jumpa beliau dalam keadaan sihat. Tapi apa yang dimaklumkan masih belum sedarkan diri selepas melakukan pembedahan, Allah lebih menyayanginya,” katanya kepada MalaysiaGazette, semalam.

Pegawai kanan polis IPK Pahang itu menghembuskan nafas terakhir di Sultan Ahmad Shah Medical Centre @IIUM jam 3 petang semalam akibat komplikasi selepas pembedahan Kanser Tyroid.

Beliau dimasukkan ke wad pada 3 Oktober lalu dan menjalani pembedahan keesokan hari.

Jenazah Alllahyarham disembahyangkan di surau IPK Alor Akar dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Peramu, Tanjung Lumpur di Kuantan pada jam 6.30 petang semalam dihadiri hampir 200 orang.

Arwah meningalkan seorang balu, dua orang anak perempuan dan seorang anak lelaki. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast