A mother tongue spontaneously becomes part of our existence, not only because we learn to speak from the moment we start making meaningful sounds but also because we love the mother tongue.

KUALA LUMPUR – Kerajaan diminta memberi peruntukan yang besar dan perancangan yang menyeluruh dalam pembangunan bahasa Melayu di negara ini dalam Bajet 2024 yang akan diumumkan Jumaat ini.

Presiden Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena), Zainal Abidin Borhan berkata, perancangan ini hendaklah melibatkan Kementerian Pendidikan, Kementerian
Pengajian Tinggi, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Kementerian Perpaduan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta kementerian-kementerian lain yang memiliki fungsi berkaitan dengan pembangunan bahasa Melayu.

Menurutnya, perancangan ini juga perlu melibatkan peranan Kementerian Luar Negeri untuk mengantarabangsakan bahasa Melayu.

Zainal Abidin Borha

Oleh itu, di setiap Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia dan Kedutaan Malaysia di luar negara, Atase Pendidikan perlu proaktif mengembangkan bahasa Melayu dalam kalangan penutur asing.

Selain itu, Gapena juga mahu Kursi Bahasa Melayu diwujudkan di universiti-universiti ternama di negara-negara terpilih.

Katanya, perjuangan bahasa Melayu menghadapi cabaran yang getir semenjak Peristiwa Keranda-152, (1967), termasuk penglibatan Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM) dalam memperjuangkan Dasar Bahasa Kebangsaan (DBK) 1970, hinggalah ke penentangan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dan Dual Language Programme (DLP) serta Unified
Examination Certificate (UEC).

“Cabaran ini memperlahankan segala usaha pembangunan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan sebagaimana yang termaktub dalam Perlembangaan Persekutuan Perkara 152.

“Perlu diingati dan diinsafi bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan merupakan isu kenegaraan dan pembinaan negara bangsa. Bahasa Melayu merupakan roh bangsa yang selaras dengan hasrat untuk membina masyarakat Malaysia Madani,” kata Zainal Abidin. – MalaysiaGazette