BUTTERWORTH – Tempoh reman terhadap lelaki dan kekasihnya warga Indonesia yang ditahan bagi membantu siasatan letupkan dan penemuan bahan letupan buatan sendiri (IED) di kaki lima Flat Taman Pandan di sini, disambung tiga hari lagi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Mohd Asri Shafie berkata, tempoh reman terhadap lelaki tempatan berusia 32 tahun dan wanita 38 tahun disambung reman sehingga 15 Oktober ini.

“Permohonan sambungan reman itu dibuat bagi membolehkan pihak polis melengkapan siasatan berhubung penemuan dan letupan IED di kediaman sewa mereka Ahad lalu,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette hari ini.

MalaysiaGazette sebelum ini melaporkan lelaki yang meletupkan bahan letupan buatan sendiri (IED) di kaki lima tingkat empat Flat Taman Pandan di sini, pada Ahad lalu mendakwa bertindak sedemikian kerana marah kepada keluarga jirannya.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Mohd Asri Shafie berkata, berdasarkan siasatan awal suspek mendakwa jirannya yang merupakan lelaki warga emas batuk setiap kali dia melalui kaki lima berkenaan untuk ke rumahnya.

“Suspek dakwa ia seakan-akan sengaja dilakukan jirannya memandangkan setiap kali dia lalu lelaki itu akan batuk,” katanya.

Difahamkan, suspek telah cuba meletupkan IED terbabit beberapa kali dan percubaan yang berjaya semalam itu disedari jirannya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast