Ramli Mohamed Yoosuf

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati kerja-kerja mengrekrut scammer untuk dihantar ke luar negara untuk sindiket dalam penipuan pekerjaan didalangi warga tempatan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, dalang tersebut mempunyai jaringan di luar negara bagi mengatur strategi.

“Sudah tentu sekali orang tempatan, orang Malaysia dalangnya. Kalau ejen daripada Malaysia, sudah tentu ada jaringan daripada sana untuk mengatur tempat dan sebagainya.

“Ini hanya teori dahulu tetapi coraknya (orang tempatan bekerja dengan ejen luar negara). Kita masih tidak mendapat maklumat sepenuhnya dalam kejadian yang terbaru ini,” katanya selepas merasmikan majlis penutupan Kejohanan Karate Ketua Polis Negara di Arena Indoor, di sini, pada hari ini.

Sementara itu, Ramli berkata, polis akan merekodkan kenyataan mangsa yang diselamatkan selepas dipercayai menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia di Peru.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan menyatakan  seramai 43 warga Malaysia menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia diselamatkan polis Peru dalam serbuan di Lima pada 7 Oktober lalu.

Polis Peru mengadakan serbuan di rumah di La Molina di mana kesemua mangsa warga Malaysia terbabit sudah dikenal pasti dan diselamatkan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast