KUALA LUMPUR – Bekalan air di kesemua kawasan terjejas di Petaling, Kuala Lumpur dan Hulu Langat berikutan kerja-kerja penambahbaikan, penyenggaraan dan penggantian aset di Loji Rawatan Air Sungai Langat (LRA Sg Langat) pada 10 Oktober lalu pulih sepenuhnya pada jam 6 pagi tadi.
“Air Selangor ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pengguna di atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air berjadual ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Gangguan bekalan air itu melibatkan 338 kawasan di Petaling, Kuala Lumpur dan Hulu Langat. – MalaysiaGazette
belum pulih lg …buka Facebook air selangor majority belum ada air lagi walaupun kawasan telah declare 100% pulih …