KUALA LUMPUR – Alor Gajah, Melaka dan Batu Pahat, Johor, masing-masing merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat jam 8 pag ini.
Laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Jabatan Alam Sekitar merekodkan bacaan IPU 144 di Alor Gajah dan 152 di Batu Pahat.
Alor Gajah merekodkan bacaan IPU tidak sihat sejak jam 2 pagi hari ini. Manakala Batu Pahat berlarutan sejak semalam.
IPU berskala 0-50 dikategorikan sebagai sihat; 51-100 (sederhana); 101-200 (tidak sihat); 201-300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya). – MalaysiaGazette