Pintu masuk ke Pusat pemulihan untuk penagih dadah di PUSPEN Serendah, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 25 JUN 2021.

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan membentangkan pindaan Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 bagi membolehkan golongan itu menerima rawatan dan pemulihan tanpa dimasukkan ke institusi penjara.

Demikian kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Keputusan kerajaan itu dilihat selari dengan pendirian Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution sebelum ini.

Kata Anwar, cadangan tersebut untuk memastikan sistem perundangan semasa kekal relevan dengan mengalihkan penyalahgunaan dadah dari hukuman penjara kepada program rawatan.

Selain itu Anwar turut mengumumkan peruntukan RM10 juta untuk Program PEKA (Peluang Kedua Anda) menyediakan latihan kompetensi yang diakreditasi oleh CIDB kepada para pesalah

“Program PEKA (Peluang Kedua Anda) oleh Jabatan Penjara telah berjaya menyediakan peluang pekerjaan kepada para pesalah yang mengakhiri tempoh hukuman,” katanya.- MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast