KUANTAN- Isu di bumi Gaza sudah berpuluh tahun cair di mulut rakyat Malaysia tetapi sejauh mana penghayatan dalam kalangan orang kita?
Atas persoalan itu Himpunan Solidariti bersama Gaza ini diadakan drmoga pemahaman rakyat Malaysia bersama rakyat Palestin dihayati sedalam-dalamnya.
Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Pahang, Mustaqim Zakaria berkata, himpunan solidariti yang diadkan bukan sahaja menunjukkan kemuafakatan namun menghayati perjuangan rakyat Gaza.
”Rakyat Malaysia mungkin tahu apa yang berlaku pergolakan di Palestin selama 75 tahun tapi bukan semua menghayati apa sebenarnya terjadi.
”Jadi bila ada aktiviti (himpunan solidariti) ini boleh menjentik hati mereka dan mendekatkan jiwa mereka dengan apa yang berlaku kini.
”Sekurang-kurangnya apa yang berlaku ada usaha kita zahirkan bersama kita dengan keadaan yang tercetus sekarang,” katanya ketika di Himpunan Solidariti bersama Gaza di Masjid Negeri Sultan Ahmad yang dihadiri hampir 200 penyokong selepas Solat Jumaat di sini hari ini.
Selain itu, menurut Mustaqim, sebahagian dana dari Pertandingan Memancing anjuran bersama Pergerakan Pemuda UMNO Pahang, GPMS Pahang dan Yess Boss Group akan diadakan.
Sementara itu, menurut Penolong Setiusaha IKRAM Pahang, Ahmad Afif Mohd Faudzi berkata, pihaknya turut mengadakan kutipan Tabung Al-Aqsa dalam kalangan penuntut Seri Abim.
Beliau menyifatkan solidariti yang dizahirkan hari ini perlu diserapkan oleh pelbagai lapisan umur.
Manakala bagi Exco Angkatan Muda Keadilan Malaysia, Ahmad Saifullah Razali, gabungan beberapa pertubuhan yang berhimpun hari ini menunjukkan perpaduan umat Islam.
“Pemuda UMNO bagi kerjasama yang semua yang bergabung dan disambut baik menjadi program ini gabungan yang baik oleh kami untuk menzahirkan solidariti.
”Ini hanya permulaan sepatutnya berada di benteng barisan hadapan bagi menyuarakan sokongan terhadap apa yang terjadi di bumi Palestin dan menceritakan konflik di sana.
”Ia wajar dilakukan supaya golongan muda memahami apa yang tercetus di sana,” katanya. – MalaysiaGazette