Ahli Parlimen Kubang Kerian, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man

KUALA LUMPUR – Pas berharap kenyataan Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid yang dikatakan telah memutuskan untuk menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sesuatu yang tidak benar.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, dakwaan Iskandar Dzulkarnain diugut juga sepatutnya tidak berlaku.

“Itu kenyataan rasmi daripada Setiausaha Agung dan saya fikir dia mendapat maklumat dan kita harapkan benda itu tidak berlaku walaupun dia (Iskandar Dzulkarnain) kekal bersama PN dan Bersatu tapi saya tengok soal peruntukan ini tanggungjawab kerajaan beri kepada mana-mana ahli Parlimen dan sepatutnya tidak diugut dan ditekan.

“Kita fahami bagaimana cabaran yang dihadapi oleh setiap wakil rakyat,” katanya ketika ditemui media selepas perbentangan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat petang tadi.

Awal hari ini, Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin mengeluarkan kenyataan gabungan itu percaya Iskandar Dzulkarnain diugut susulan wakil rakyat Bersatu itu mengisytiharkan sokongan kepada Anwar.

Dalam kenyataan hari ini, Hamzah mendakwa Iskandar Dzulkarnain didatangi seorang ahli perniagaan pada 26 September yang menjanjikan habuan wang dan kedudukan dalam beberapa syarikat serta mendesak beliau menyokong menyokong perdana menteri.

Malah pada 1 Oktober, Iskandar Dzulkarnain bertemu seorang pegawai tinggi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan “diugut akan didakwa atas kesalahan rasuah” sekiranya enggan menantandatangani kenyataan untuk menyokong kerajaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast