Rafizi Ramli

KUALA LUMPUR – Kerajaan tetap menyalurkan menyalurkan peruntukan kepada ahli Parlimen pembangkang dalam bentuk projek-projek dan bantuan terus kepada rakyat bagi kawasan masing-masing.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, perkara ini tidak menimbulkan masalah,

Sebaliknya, yang dibangkitkan pembangkang ialah peruntukan ahli Parlimen untuk memohon wang bagi tujuan-tujuan politik wakil rakyat.

Jelas beliau, secara prinsipnya, kerajaan bersetuju untuk memberi namun ianya perlu melalui rundingan terus dan melibatkan syarat-syarat yang tertentu bagi memastikan peruntukan selari dengan dasar tata kelola yang ditetapkan.

Namun Rafizi berkata sehingga kini rundingan tidak berlangsung

“Yang dibangkitkan pembangkang ialah peruntukan ahli Parlimen untuk memohon wang bagi tujuan-tujuan politik wakil rakyat.

“Kenapa pembangkang tak nak mulakan proses rundingan? Kerajaan dah hantar surat pada pembangkang, tapi tidak disambut,” katanya merusi akaun X semalam.

Beliau berkata demikian merujuk dakwaan peruntukan rakyat di Parlimen pembangkang dinafikan.

Dalam masa yang sama, Rafizi mempersoalkan sama ada pembangkang takut dengan syarat-syarat tatakelola yang ditetapkan kerajaan bagi menghindarkan perbelanjaan di luar tujuan yang sebenar.

“Adakah dari awal lagi pembangkang takut dengan syarat-syarat tatakelola yang akan dikenakan yang menghalang mereka daripada berbelanja sesuka hati bagi tujuan politik daripada peruntukan wang rakyat itu?,” soal beliau.-MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast