KUALA LUMPUR – Pesuruhjaya Polis Sarawak, Komisioner Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman yang baharu.
Setiausaha Polis Malaysia, Deputi Komisioner Alzafny Ahmad dalam satu kenyataan berkata, kekosongan jawatan itu akan diisi oleh Timbalanya, Deputi Komisioner Datuk Mancha Anak Ata yang akan memangku pangkat Komisioner.
Manakala Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Pasukan Gerakan Am), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam di Bukit Aman, Deputi Komisioner Datuk Muhammad Abdul Halim dilantik sebagai Ketua Polis Perlis.
Ketua Penolong Pengarah E1 Cawangan Khas Bukit Aman, Deputi Komisioner Datuk Ibrahim Darus akan mengisi jawatan Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak.
Kekosongan yang ditinggalkan oleh Ibrahim akan diisi Deputi Komisioner Datuk Pahlawan Shazeli Kahar yang kini menyandang jawatan Penolong Pengarah E1A di Cawangan Khas.
Dalam pada itu, Ketua Penolong Pengarah D3 Pencegahan ATIPSOM Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Fadil Marsus akan bertukar jawatan Timbalan Pengarah Risikan/Operasi di jabatan yang sama.
Kekesongan yang ditinggalkan beliau akan diisi Ketua Polis Daerah Timur Laut, Pulau Pinang Asisten Komisioner Soffian Santhon dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner.
Dalam pada itu, Ketua Penolong Pengarah Pendataan/Analisa Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal yang pernah berkhidmat sebagai Ketua Polis Daerah Petaling Jaya dilantik sebagai Penolong Pengarah E8, Cawangan Khas Bukit Aman.
SAC Azman Omar yang kini memegang jawatan Penolong Pengarah E8 Cawangan Khas akan mengisi jawatan yang akan ditinggalkan Nik Ezanee.
Sementara itu, Ketua JSJ Johor, SEC Kamaruzaman Elias akan bertukar ke jawatan Ketua JPJKK negeri Kedah.
Penolong Pengarah D8, Operasi Khas, JSJ Bukit Aman, Asisten Komisioner Zamri Hashim akan bertukar ke jawatan Penolong Pengarah E1A Cawangan Khas Bukit Aman.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor, Asisten Komisioner Ahmad Jefferi Abdullah akan memegang jawatan Komander Unit Tindakhas PGA di JKDNKA Bukit Aman.
Pelantikan baharu kesemua pegawai kanan polis itu akan berkuatkuasa semalam. -MalaysiaGazette