Anifah Aman Tommy Thomas Shafie Apdal Sabah Sultan Sulu Philippines claims demands
Anifah Aman

KUALA LUMPUR – Palestin dan Israel perlu menghentikan konflik bagi melindungi keselamatan orang awam dan berdasarkan cabaran-cabaran berterusan kegagalan untuk menyelesaikannya tidak dapat diterima.

Bekas Menteri Luar, Senator Tan Sri Anifah Aman berkata, pertempuran di jalur Gaza merupakan bencana kemanusiaan dengan jumlah kematian yang tinggi.

Katanya, beliau terkejut masyarakat antarabangsa tidak melakukan sesuatu atau memberi tekanan kepada semua pihak yang terlibat untuk melaksanakan gengatan senjata dan mengutamakan nyama insan yang tidak berdosa dalam konflik tersebut.

“Pada masa kritikal ini yang mana nyawa manusia yang tidak berdosa di kedua-dua belah pihak terkorban, semua pihak mesti menunjukkan pembatas dan menghentikan keganasan ini, khususnya terhadap kaum wanita dan kanak-kanak,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Menurut Anifah, beliau menyokong penyelesaian pembentukan dua negara yang mana Palestin dan Israel wujud sebagai negara bebas dengan sempadan diiktiraf masyarakat antarabangsa, berdasarkan Resolusi Nombor 242 dan 338 Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Tambahnya, beliau percaya orang awam di Palestin dan Israel mahu mempunyai kehidupan yang aman dan hak mereka dilindungi berbanding hidup diancam keganasan.

Berikutan itu, Anifah menggesa masyarakat antarabangsa, khususnya Majlis Keselamatan PBB,  mengenakan tekanan kepada semua pihak terlibat dalam konflik tersebut untuk melaksanakan genjatan senjata segera bagi menghentikan pertumpahan darah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast