Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan memperincikan insentif diskaun pembayaran balik pinjaman dalam masa terdekat.

Pengerusinya, Datuk Norliza Abdul Rahim berkata, pemberian diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN yang dibentangkan pada Belanjawan 2024 merupakan keprihatinan kerajaan ke atas peminjam tabung tersebut yang bersungguh-sungguh membayar balik pinjaman walaupun dalam keadaan ekonomi yang getir

Selain itu, katanya, ia akan memastikan PTPTN kekal mampan.

“Semoga insentif ini dapat membantu peminjam PTPTN di dalam membuat bayaran balik,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Semalam, semasa membentangkan belanjawan 2024, Anwar berkata, diskaun bayaran balik pinjaman balik yang diberikan bermula 14 Oktober ini hingga 31 Mac 2024 dibahagikan kepada tiga ketegori dengan kadar yang telah ditetapkan.

Diskaun 10 peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman, diskaun 10 peratus untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran dan diskaun sebanyak 15 peratus untuk bayaran secara potongan gaji atau debit terus berjadual.

Untuk sebarang pertanyaan, peminjam boleh melayari portal rasmi PTPTN di www.ptptn.gov.my atau menghubungi PTPTN melalui saluran Careline PTPTN di talian 03 – 2193 3000 (Beroperasi Isnin hingga Jumaat, jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang), Live Chat di www.ptptn.gov.my, e-Aduan di https://eaduan.ptptn.gov.my/, Eksekutif Pemasaran PTPTN di https://www.ptptn.gov.my/hubungi-ptptn dan media sosial rasmi PTPTN.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast