Foto Facebook KDA FC.

KUALA LUMPUR – Kedah Darul Aman (KDA) FC menjelaskan ketiadaan penjaga gol utama, Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi kerana dia dan keluarga dijankiti influenza.

“Warga KDA FC mendoakan semoga kesihatan Kalamullah Al-Hafiz dan keluarga cepat sembuh selepas dia sekeluarga disahkan positif influenza,” tulis kelab Utara tanah air itu.

Pada sesi latihan kedah kebelakangan ini, peminat mula bertanya-tanya mengenai ketiadaan Kalamullah yang menimbulkan pelbagai persepsi memandangkan pemain berkenaan sudah menjadi tonggak buat skuad Sang Kenari musim ini.

Dalam 22 perlawanan Liga Super KDA FC, bekas pemain Petaling Jaya (PJ) City FC tersebut hanya tidak diturunkan sebanyak lima kali, sekali gus menceritakan peranan pentingnya buat pasukan.

Isu berkenaan dibangkitkan sehingga segelintir penyokong Hijau Kuning berpendapat ketiadaan Kalamullah berkait dengan masalah gaji yang digembar-gemburkan ketika ini.

Sementara itu, sekiranya tidak dapat menurunkan Kalamullah, pengendali KDA FC, Nafuzi Zain masih mempunyai ke atas ikon kelab, Ifwat Akmal untuk aksi seterusnya.

Skuad Sang Kenari bakal berdepan Negeri Sembilan FC dalam perlawanan ke-23 Liga Super pada 28 Oktober dalam misi mereka untuk merebut slot ke pentas Asia musim depan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast