SEPANG – AirAsia mengukuhkan komitmennya untuk terus merangsang industri pelancongan Malaysia pada tahun 2024 melalui inisiatif tempat duduk percuma yang bertujuan menjadikan perjalanan udara mudah diakses oleh semua.
Terokai destinasi terbaik Malaysia dan terbang ke Pulau Pinang, Langkawi, Alor Setar, Johor Bahru, Kuala Terengganu dan banyak lagi dari RM25 sehala termasuk semua dan nikmati keindahan destinasi terkemuka ASEAN seperti Bali, Krabi, Phnom Penh, Phu Quoc, Bangkok dan banyak lagi dari RM80 sehala termasuk semua.
Bagi mereka yang ingin mengembara lebih jauh, AirAsia X menawarkan penerbangan ke Gold Coast, Busan, Taipei, Beijing dan banyak lagi daripada RM269 semua dalam sehala untuk tempat duduk ekonomi.
Penerbangan tersedia untuk tempahan bermula hari ini hingga 25 Oktober 2023 untuk tempoh perjalanan antara 4 Mac 2024 dan 12 Februari 2025.
Bo Lingam, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Aviation Limited berkata, syarikat penerbangan itu telah melancarkan kempen tempat duduk percuma pertama pada tahun ini dengan lima juta kerusi.
“Sejak itu, kami telah menerbangkan lebih 37 juta pengembara merentasi rantau ini dari Mac hingga minggu pertama Oktober.
“Hari ini, kami berbangga untuk menggandakan tawaran dan berharap untuk meningkatkan industri pelancongan Malaysia pada tahun 2024 sama seperti yang telah kami lakukan tahun ini,” katanya sambil memaklumkan AirAsia telah kembali kepada kedudukan sebelum ini dan menyasarkan untuk mengembalikan kesemua 204 buah pesawat menjelang akhir tahun ini.
Tambahnya, AirAsia terus mengembangkan rangkaian kami dengan kukuh dengan laluan baharu dan memulihkan laluan merentasi ASEAN dan seterusnya. – MalaysiaGazette