Wadea Al-Fayoume

CHICAGO – Seorang kanak-kanak beragama Islam berusia 6 tahun mati ditikam dalam serangan yang disifatkan bermotif kebencian agama.

Wadea Al-Fayoume berketurunan Palestin mati selepas ditikam oleh pemilik rumah yang disewanya yang turut menyerang ibu kanak-kanak terbabit.

Lelaki berusia 71 tahun itu telah ditahan dan akan didakwa atas jenayah pembunuhan dan kebencian.

“Penyiasatan mengenal pasti bahawa kedua-dua mangsa dalam serangan kejam ini menjadi sasaran suspek kerana mereka beragama Islam dan konflik Timur Tengah yang berterusan melibatkan Hamas dan Israel,” kata Pejabat Sheriff Will County di pinggir bandar Chicago dalam satu kenyataan.

Pegawai menemui kedua-dua mangsa pada pagi Sabtu di sebuah rumah kira-kira 65km (40 batu) barat daya Chicago.

Hasil bedah siasat, kanak-kanak tersebut yang disahkan meninggal dunia di hospital ditikam 26 kali dengan pisau besar gaya tentera, menurut bedah siasat pada Ahad.

Ibu kanak-kanan tersebut mempunyai lebih daripada sedozen kesan tikaman di badannya dan masih dirawat di hospital dan dilaporkan stabil.

Memetik mesej teks daripada ibu kepada bapa budak itu, suspek dilaporkan menjerit, “Kamu orang Islam mesti mati!” sebelum ditikam. – Agensi

1 Komen

Comments are closed.