KUALA LUMPUR – Tiada keperluan untuk Parti Tindakan Demokratik (DAP) menukar Ketua Menteri Pulau Pinang yang disandang Chow Kon Yew ketika ini sejak 13 Ogos lalu.
Setiausaha Agungnya, Anthony Loke berkata, tiada sebab yang kukuh untuk berbuat demikian.
“Ketua Menteri (Pulau Pinang) tiada isu, saya tak tahu ada apa isu.
“Tiada apa-apa keputusan untuk menggantikan Ketua Menteri,” katanya kepada pemberita di Pusat Pameran Perdagangan Antarabangsa (MITEC), di sini, hari ini.
Terdahulu Anthony yang juga Menteri Pengangkutan merasmikan trak elektrik pertama di Malaysia.
Sebelum ini, media melaporkan terdapat kemungkinan Pengerusi DAP Kebangsaan, Lim Guan Eng akan dilantik semula sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang selepas Pilihan Raya Negeri ke-15 (PRN15).
Bagaimanapun pada 5 Mei lalu, Kon Yew berkata, Guan Eng yang pernah berkhidmat selama dua penggal sebelum atau selepas pindaan Perlembagaan Negeri yang diluluskan pada 2018, tidak boleh dilantik semula.
Kon Yeow berkata, pindaan itu secara jelas menunjukkan bukan saja Guan Eng tidak boleh kembali ke jawatan itu semula, ia juga termaktub kepada beliau pada masa akan datang. – MalaysiaGazette