Datuk Aishah.

KUALA LUMPUR – Netizen menyifatkan penyanyi, Datuk Aishah tidak profesional selepas diumumkan menjadi bintang ketiga yang tersingkir dalam program All Stars Gegar Vaganza musim ke-10 (ALGV).

Ini gara-gara ucapan ringkas yang dibuat oleh beliau malam tadi yang menimbulkan rasa kurang senang segelintir pihak.

Netizen berpendapat, ASGV merupakan satu pertandingan dan menjadi adat akan ada peserta yang tersingkir sekiranya menampilkan persembahan yang gagal mencuri hati juri.

“Rasanya ramai yang gembira apabila doa mereka dimakbulkan untuk lihat saya tersingkir,” katanya sehingga membuatkan hos rancangan itu, Jihan Muse dilihat agak terkejut.

Konsert minggu keempat itu menyaksikan Aishah menduduki tangga terbawah dengan memperoleh markah sebanyak 43.75 peratus selepas muncul secara duet menyanyikan lagu Terlanjur Cinta bersama Vince.

Konsert minggu keempat GV10 yang berlangsung di Dewan Auditorium MBSA Shah Alam menyaksikan Noryn Aziz menduduki tempat pertama dengan markah sebanyak 85.25 peratus diikuti Liza Hanim (85 peratus) dan Ayai (83.25 peratus).

Rancangan popular itu menyaksikan kesemua bintang diadili oleh juri profesional Ramli MS, Hetty Koes Endang dan guru vokal, Datuk Syafinaz Selamat.

Konsert GV10 diacarakan pengacara, Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Juara GV10 akan membawa pulang wang tunai bernilai RM200,000 beserta trofi sumbangan Astro. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Aishah tu dia punya partner entah apa2 laaa…suara ke laut..very unfair..Yg menang no 1-3 tu bernasib baik sebab partner dia hebat2..Liza Aziz laa..Dato’ M. Naser laaa..Ziana Zain laa..Dato’ Jamal Abdillah laa…Astro kena telus dlm proses pemilihan pasangan..jgn aniaya org laa

Comments are closed.