KUALA LUMPUR -Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) hari ini berjaya menerbitkan tranche kelima Sukuk Murabahah Subordinat (Sukuk Murabahah) bernilai RM400 juta.
Ia merupakan sebahagian daripada Program Sukuk Murabahah berjumlah RM10.0 bilion bank ini.
Sukuk Murabahah tersebut layak sebagai modal kawal selia Aras 2 Bank Islam, mematuhi Rangka Kerja Kecukupan Modal (Komponen Modal) bagi Institusi Perbankan Islam oleh Bank Negara Malaysia (BNM) yang akan meningkatkan kecukupan modal Bank ini agar
selaras dengan keperluan Basel III.
Sukuk Murabahah tersebut, yang boleh ditebus pada nilai nominal penuh setelah tempoh matang, didatangkan dengan opsyen beli pada ulang tahun kelimanya dan menerima penarafan A1/Stabil oleh RAM Rating Services Berhad.
Bank Islam adalah Penasihat Utama, Pengatur Utama, Ketua Pengurus dan Penasihat Syariah bagi Program Sukuk Murabahah tersebut. – MalaysiaGazette