Sazali (kanan) menunjukkan barangan rampasan daripada sindiket penyeludupan beras, rokok dan arak tanpa cukai bernilai RM10.3 juta dalam tujuh operasi berasingan di seluruh negara bermula April hingga Oktober lalu.

MELAKA – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) menumpaskan sindiket penyeludupan beras, rokok dan arak tanpa cukai bernilai RM10.3 juta dalam tujuh operasi berasingan di seluruh negara.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan), Datuk Sazali Mohamad berkata, daripada jumlah itu,
rampasan terbesar melibatkan 11,754,000 batang rokok seludup dengan nilai termasuk cukai hampir RM8.8 juta.

Menurutnya, turut dirampas adalah 11,940 kilogram beras wangi import dari Bangladesh yang diikrar sebagai dagangan rempah ratus termasuk cukai berniai RM33,432 dalam operasi di Pelabuhan Klang, Selangor pada 3 April lalu.

“Bagi tangkapan rokok seludup, Kastam Melaka berjaya menumpaskan cubaan penyeludupan rokok dari Vietnam menerusi empat serbuan antara 27 Jun hingga 30 September dengan nilai termasuk cukai hampir RM8.8 juta.

“Operasi di Shah Alam, Lebuhraya Segamat-Kuantan, Keratong Pahang dan Ayer Keroh itu turut berjaya menahan dua pemandu lori berusia lingkungan 40-an,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan), Datuk Sazali Mohamad

Mengulas lanjut Sazali berkat, hasil pemeriksaan mendapati, rokok berkenaan dimasukkan ke dalam kotak sebelum dibalut dengan plastik hitam dan bergerak pada waktu awal pagi bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

“Sementara itu dalam dua operasi berasingan di Kuala Lumpur dan Selangor pada 1 September dan 2 Oktober lalu , Kastam Melaka turut merampas 33,420 liter arak bernilai lebih RM1.47 juta,” katanya.

Tambahnya, semua kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(a), Seksyen 135(1)(e), Seksyen 135(1)(d), Akta Kastam 1967.

Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang 10 kali nilai barang atau RM100,000, yang mana lebih besar dan tidak lebih 20 kali nilai barang atau RM500,000 yang mana lebih besar, atau dipenjarakan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali. – MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast