Ramli Mohamed Yoosuf

KUALA LUMPUR – Pengasas bersama sebuah syarikat penerbangan bergelar ‘Datuk’ bersama isteri dan anak lelakinya direman empat hari hingga Sabtu ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, permohonan reman itu dibuat di Lokap Berpusat Jinjang di sini pada 10 pagi tadi.

“Ketiga-tiga individu itu direman bagi membantu siasatan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini, hari ini.

Semalam Bernama melaporkan pengasas terbabit berusia 57 tahun bersama isteri, 55, dan anak lelakinya, 26, ditahan di rumah mereka di Shah Alam pada 5.30 petang. – Bernama