KUALA LUMPUR – Klang, Selangor masih menjadi satu-satunya kawasan yang merekodkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat.
Setakat jam 3 petang tadi, IPU di Klang ialah 153, menurut laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Jabatan Alam Sekitar.
Namun bacaannya menurun berbanding 159 sejak 4 petang semalam, sebelum turun kepada 153 jam 11 pagi tadi.
IPU berskala 0-50 dikategorikan sebagai sihat; 51-100 (sederhana); 101-200 (tidak sihat); 201-300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya). – MalaysiaGazette