Sultan Selangor berkenan menerima mengadap Lau Weng San di Istana Bukit Kayangan.

KUALA LUMPUR – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan supaya sidang dewan negeri itu dijalankan dengan tertib dan mengikut peraturan.

Titah baginda Sidang Dewan Negeri Selangor perlu diadakan tanpa dicemari penggunaan bahasa kasar dan tidak sopan, serta perangai-perangai yang boleh dianggap sebagai tidak bertamadun.

Baginda bertitah demikian selepas berkenan menerima menghadap Speaker Dewan Negeri Selangor yang baharu, Lau Weng San di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam.

Pada pertemuan ini, baginda menitahkan agar Weng San meneruskan kesinambungan Speaker terdahulu dalam mengendalikan perjalanan sidang dewan dengan adil, lancar dan tidak berat sebelah, menurut kenyataan Selangor Royal Office.

Sultan Sharafuddin turut memberi kredit dan penghargaan kepada speaker-speaker terdahulu dari parti DAP yang dilantik sejak tahun 2008.

Titah baginda, mereka berjaya mengawal keadaan setiap kali sidang berlangsung di dalam dewan yang mulia itu.

Lau Weng San yang juga bekas Ahli Dewan Negeri Banting, dilantik sebagai Speaker Dewan Negeri Selangor berkuatkuasa 19 September 2023 menggantikan Ng Suee Lim. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast