Penunggang motosikal parah tersepit di bawah kereta dalam kemalangan jalan raya yang berlaku di Lebuhraya Persekutuan Kuala Lumpur Klang pagi tadi.Ihsan Bomba Selangor

KUALA LUMPUR – Penunggang motosikal parah selepas terlibat dalam kemalangan raya awal pagi ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, bergegas di lokasi kejadian di Kilometer 7, Lebuhraya Persekutuan Klang-Kuala Lumpur selepas menerima panggilan awam jam 8 pagi.

Kemalangan itu melibatkan semua motosikal jenis Yamaha Y15 dengan sebuah kereta Mercedes Benz.

Nahas itu mengakibatkan penunggang motosikal, seorang lelaki berusia 30-an tersepit di bawah kereta berkenaan.

Mangsa tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri di lokasi, oleh itu waris keluarga gagal dihubungi.

Mangsa parah akibat tersepit di bawah kereta dan dihantar ke Hospital Shah Alam untuk menerima rawatan. – MalaysiaGazette