Joe Biden

WASHINGTON – Seorang pegawai Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) letak jawatan sebagai membantah tindakan Presiden AS, Joe Biden menghantar senjata ke Israel.

Josh Paul, bekas Pengarah Kongres Dan Hal Ehwal Awam untuk Biro Hal Ehwal Politik-Ketenteraan Jabatan Negara mengambil tindakan itu kerana tidak mahu berkompromi dengan perbuatan tidak bermoral.

Beliau yang telah bertugas selama 11 tahun membuat kenyataan dalam surat yang dihantar dalam surat yang dihantar ke LinkedIn.

Menurut Paul, penyediaan senjata maut kepada Israel adalah sesuatu yang beliau tidak mahu terlibat.

“Hakikat itu, sokongan buta kepada satu pihak adalah merosakkan dalam jangka panjang kepada kepentingan rakyat di kedua-dua pihak.

“Saya bimbang kita akan mengulangi kesilapan yang sama yang telah kita lakukan beberapa dekad yang lalu, dan saya enggan menjadi sebahagian daripadanya lebih lama,” katanya.

Beliau menggelar serangan Hamas sebagai “keganasan besar” dan mengecam potensi peningkatan serangan oleh Hizbullah atau Iran sebagai penambahan terhadap tragedi yang ada.

Namun tetapi tindak balas yang dilakukan Israel dengan sokongan Amerika hanya akan membawa kepada penderitaan yang lebih mendalam bagi Israel dan rakyat Palestin.

Sementara itu, dua pegawai memberitahu HuffPost,  diplomat sedang menyediakan apa yang dipanggil “kabel perbezaan pendapat,” dokumen yang mengkritik dasar AS yang dihantar kepada pemimpin melalui saluran dalaman yang dilindungi.-Agensi