Lionel Messi. Foto Sky Sports.

LONDON – Senarai pemenang Anugerah Ballon d’Or yang didakwa sudah bocor membuktikan bintang Inter Miami, Lionel Messi berada di kelas tersendiri untuk merangkul anugerah itu buat kali kelapan.

Penyerang antarabangsa Argentina itu bakal muncul pemain pertama dari Major League Soccer memenanginya selain menjadi pemain pertama beraksi luar Eropah yang menjulang Ballon d’Or.

Anugerah kelapan untuk bintang berusia 36 tahun itu membolehkan Messi terus mencipta sejarah sebagai pemain paling berjaya dalam sejarah Ballon d’Or.

Dia telah memenanginya pada 2009, 2010, 2011, 2012, 2015, 2019 dan 2021 dan bakal merampas gelaran daripada pemenang tahun lalu Karim Benzema.

Messi juga mengatasi Erling Haaland dalam perebutan Anugerah Ballon d’Or kerana kejayaan di Piala Dunia 2022.

Haaland pula membantu Manchester City menjuarai treble musim lalu

Namun faktor yang tidak boleh dipertikaikan untuk Messi kerana Haaland sekadar menyinar bersama Manchester City, namun Norway tidak layak ke Qatar.

Ini kerana dia tahun berjaya bantu La Albiceleste muncul juara dunia selain turut memainkan peranan besar di peringkat kelab ketika menyarung Paris Saint-Germain apabila menjaringkan 38 gol dan cipta 25 bantuan jaringan.

Namun Haaland gagal mengatasi Messi memandangkan ketajaman penyerang Norway itu terlalu bergantung kepada kualiti rakan sepasukannya termasuk kreativiti Kevin De Bruyne.

Semenatara itu, edisi Ballon d’Or ke-67 bakal berlangsung pada 30 Oktober di Chatelet Theater di Paris, Perancis dan pemenang lelaki serta wanitanya sudah pun diketahui. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast