KUALA LUMPUR – Unit Transformasi Masyarakat India (MITRA) memperuntukkan RM10.8 juta untuk 167 buah tadika seluruh negara bagi program Subsidi Pendidikan Awal Tadika Swasta  yang berfaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas MITRA, Datuk R Ramanan, program tersebut merupakan anntara  satu daripada 12 Inisiatif Khas dirancang untuk tahun ini.

Kata Ramanan yang juga Ahli Parlimen Sungai Buloh, subsidi RM200 itu merangkumi yuran tadika dan sarapan pagi untuk 12 bulan untuk 4,441 kanak-kanak.

“Melalui program subsidi ini setiap kanak-kanak daripada kumpulan B40 yang akan menerima bantuan subsidi iaitu yuran bulanan sebanyak RM150 dan Subsidi Makanan RM50 untuk setahun sebanyak RM2,400.

“MITRA juga telah melakukan proses saringan berdasarkan panduan tertentu bagi memastikan kanak-kanak B40 mendapat bantuan subsidi ini. Kita akan pastikan proses penyaluran dilakukan dengan terurus dan terancang.

“Tindakan pemantauan akan dilaksanakan dari masa ke semasa. Senarai penerima bantuan geran tadika ini akan dipaparkan di laman rasmi MITRA,” katanya selepas melakukan lawatan santai ke Tadika Cinta Ilmu Bakti Damansara Damai, hari ini.

Difahamkan melalui program subsidi itu, Tadika Cinta Ilmu Bakti akan menerima geran sebanyak RM72,000 untuk tempoh setahun.

Kata Ramanan, beliau akan memastikan segala bantuan yang telah dijanjikan akan sampai kepada golongan memerlukan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.