Lebih dari 80 rakan media hadir Program Santai Bowling Co-opbank Pertama (CBP) Bersama Media 2023 di Ampang Superbowl, malam tadi.

KUALA LUMPUR – Lebih dari 80 rakan media hadir Program Santai Bowling Co-opbank Pertama (CBP) Bersama Media 2023 di Ampang Superbowl, malam tadi.

Program santai ini turut diserikan dengan kehadiran dua atlet bowling negara, Natasha Roslan dan Siti Safiyah.

Pasukan mewakil MalaysiaGazette menyertai program yang sama.

Pasukan bowling MalaysiaGazette.

Ketua Pegawai Operasi CBP, Syaiful Arief Shah Mohamed Said berkata, ia diadakan bagi merapatkan hubungan antara pihaknya dengan wakil-wakil media.

“Media banyak memberikan sokongan kepada CBP selama ini dan ia merupakan salah satu aktiviti yang kita anjurkan bagi merapatkan lagi hubungan,” katanya.

Menurutnya, program seumpama itu akan diteruskan pada masa depan.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast