Gambar hiasan

KUANTAN – Seorang pengurus syarikat milik kerajaan negeri ini kerugian RM106,253.75 setelah diperdaya scammer yang menyamar sebagai polis, kelmarin.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, dalam kejadian itu mangsa yang berusia 45 tahun telah menerima panggilan telefon daripada polis kononnya memaklumkan data peribadi lelaki telah bocor dan bertanyakan tentang pengunaan kad kredit

“Lelaki itu telah memberikan maklumat dua akaun bank miliknya dan kad kredit untuk pengesahan kepada suspek,” katanya.

Tambah Yahaya mangsa juga telah mengesahkan kod pengesahan transaksi (TAC) yang diterimanya.

“Mangsa mula menyedari ditipu apabila dapati wang simpanan daripada akaun telah lesap sehingga mengalami kerugian sebanyak RM106,253.75.

“Polis menasihatkan orang ramai agar tidak memberikan butiran peribadi seperti nombor akaun dan sebagainya untuk tujuan siasatan secara sewenangn-wenangnya,” tambahnya.

Orang ramai juga dinasihatkan untuk membuat semakan atas nombor telefon dan akaun bank yang mencurigakan melalui Check Scammers CCID atau melalui laman sesawang https://semakmule.rmp.gov.my/ sebelum membuat sebarang transaksi atas talian. – MalaysiaGazette