BATU PAHAT – Polis mengeluarkan 20 saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas ke atas motosikal dalam rondaan cegah samseng jalanan di sekitar ‘port mat rempit di sini bermula jam 1 hingga 4 pagi tadi.
Lokasi operasi merupakan kawasan yang kerap menjadi tumpuan mat rempit melepak dan membuat bising pada hujung minggu hingga mengganggu ketenteraman awam.
Dalam rondaan itu, sebanyak 16 motosikal telah diperiksa secara rambang dan tiga buah motosikal telah disita dibawah seksyen 64(1) APJ 1987 (Pindaan 2020) atas kesalahan ubah suai ekzos dan tiada lesen memandu.
Polis menasihatkan kepada semua pengguna jalan raya terutama penunggang motorsikal supaya mengikut peraturan dan tidak mengubah suai m/sikal terutama ekzos yg mana kesalahan tersebut boleh menyebabkan motosikal disita.
Ibu bapa dan penjaga juga dinasihatkan untuk memantau pergerakan anak-anak mengelakkan mereka terjebak dengan kegiatan tidak sihat ini. – MalaysiaGazette