Ketua Pengarah Operasi Farm Fresh, Azmi Zainal bercakap kepada Malaysia Gazette tentang penajaan All Stars Gegar Vaganza di Farm Fresh @ UPM (Industry Centre of Excellence) di Universiti Putra Malaysia, Serdang. Foto WAN NABIL NASIR, 2 OKTOBER 2023.
KUALA LUMPUR – Kumpulan Farm Fresh Berhad memberi bayangan seolah-olah berkecil hati dengan Astro yang tidak menghargai kehadiran mereka sebagai penaja utama All Stars Gegar Vaganza (ASGV) musim ini.
Menerusi hantaran di Facebook milik Ketua Pegawai Operasinya, Azmi Zainal, beliau turut meluahkan rasa tertekan apabila menaja program hiburan itu buat tahun kelima berturut-turut.
Jelas beliau, sudahlah berperah otak mencari idea untuk mempromosi produk mereka dalam masa yang sangat terhad namun ada klip video yang sudah dihasilkan tidak digunakan pada minggu keempat.
“GV kali ni aku stress giler beb… x kan nak pantun je utk klip aku yg 1 minit tu… org pun bosan… Dewan Bahasa pun bosan nanti.
“Bukan senang nak jual susu ni. Aku ada 1 minit je utk capture attention 6 juta penonton… dah la minggu lepas klip aku kena potong… hangin satu badan aku masa konsert tu.
“Lepas je segmen aku tu habis… korang x nampak aku kat seat lagikan… aku g ke operation room minta penjelasan,” tulisnya.
Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Farm Fresh Berhad, Azmi Zainal.
Azmi turut memberitahu, pihaknya menaja ASGV hanya semata-mata untuk promosi bisnes mereka demi meningkatkan jualan.
Tegas beliau, populariti tidak pernah dikejar Farm Fresh walaupun terpaksa membayar berjuta-juta kepada Astro dengan memerah susu lembu.
“Pejam celik… da nak sampai minggu kelima…minggu ni dah nak fikir nak buat apa… bagi aku klip 1 minit tu sangat berharga… tu yg aku cakap ngan org astro… support la… jgn la anggap klip aku tu picisan dlm konsert ni… buat acuh x acuh je…da amik kita jadi sponsor kena pandai la jaga sponsor… aku taja sebab bisnes… untuk naik kan sale…bukan utk aku glamour……bukan utk aku glamour…. Nak bayar juta2 kat astro, aku kena perah nenen lembu aku… bukan aku petik daun tepi jalan.
“Untuk contest yogurt percuma minggu ni korang bukan teka kaler apa… korang kena teka fesyen apa…contoh… traditional ka, bristish style ka, rocker ka, dangdut ka… tapi aku pasti… korang mesti x sangka style aku minggu ni… sebab minggu ni kan minggu misteri… jadi style aku pun style misteri la,” tulisnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast