Johari Ariff Abdul Razak

YANGON – Pertubuhan kemanusiaan, NGO, atau mana-mana pihak yang berhasrat untuk menyelamatkan mangsa pemerdagangan manusia di Myanmar disaran menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di negara itu.

Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia di Yangon. Johan Ariff Abdul Razak berkata, langkah berkenaan diambil bagi melancarkan usaha untuk menyelamatkan mangsa.

“Ini supaya boleh dibawa perbincangan bersama kedutaan untuk mengetahui tindakan apa yang dibuat bagi membantu mangsa,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette, selepas menyantuni keluarga mangsa pemerdagangan manusia yang meninggal dunia di Myanmar baru-baru ini, Muhammad Izzat Abdul Wahab di sini, semalam.

Johari Ariff (tiga dari kiri) memyantuni keluarga Allahyarham Muhammad Izaat Abdul Wahab di Yangon

Menurut Johan, berdasarkan pengalaman membantu mangsa,  sindiket pekerjaan palsu mensasarkan golongan mereka yang  berusia antara 20 hingga 40 tahun.

Justeru beliau menasihati golongan itu lebih berwaspada ketika menerima tawaran pekerjaan yang menjanjikan pendapatan yang tinggi. – MalaysiaGazette