Justin Trudeau.. Foto: Facebook Justin Trudeau.

TORONTO – Di tengah ketegangan terbaharu dalam konflik Palestin-Israel, ramai ahli politik Kanada meminta Perdana Menteri, Justin Trudeau menyokong seruan antarabangsa untuk gencatan senjata dilaksanakan segera.

Mereka mengatakan bahawa negara tersebut patut tegas mempertahankan undang-undang antarabangsa yang melindungi orang awam yang tidak bersalah.

Ketika Trudeau mengunjungi sebuah masjid di Toronto pada 20 Oktober lalu, beliau menerima kritikan keras daripada beberapa individu.

Dalam video yang tular di laman media sosial, ramai yang berkumpul di dalam masjid kedengaran menjerit ‘tak malu’ dan ‘bawa orang awak dan pergi’,menegaskan bahawa PM Kanada itu tidak dibenarkan berucap di atas pantas.

Menurut media tempatan, Trudeau merujuk kepada mereka yang berada di dalam tempat ibadat itu dan turut mengucapkan terima kasih kerana membenarkannya berdoa bersama mereka dalam masa yang sukar ini.

Terdahulu, Pejabat Perdana Menteri mengesahkan bahawa Trudeau mengadakan lawatan ke Pertubuhan Muslim Antarabangsa Toronto pada Jumaat lalu untuk menunjukkan sokongannya kepada mereka yang terjejas dalam masyarakat Islam akibat peristiwa ngeri di Timur Tengah.

Bagaimanapun, mereka yang berada dalam masjid atau berdemonstrasi di jalan menggesa perdana menteri itu menyokong gencatan senjata dalam konflik Palestin-Israel.

Menerusi media sosial, ramai bertindak balas terhadap video tersebut dengan menyelar sikap PM Kanada yang pilih kasih dengan mengumumkan sokongan penuh kepada Israel terhadap Palestin sambil berpura-pura menjadi baik kepada orang Islam.

Kejadian itu berlaku selepas ramai penggubal undang-undang Kanada daripada pelbagai parti politik menggesa Trudeau supaya menggesa gencatan senjata dengan segera dalam konflik antara Israel dan Palestine.

Kerajaan Trudeau berkata, Kanada menyokong penyelesaian dua negara, tetapi juga percaya Israel mempunyai hak untuk mempertahankan diri.

“Kanada selama ini sentiasa menyokong keamanan. Semakin lama konflik ini berlanjutan, semakin banyak orang awam yang tidak bersalah akan kehilangan nyawa.

“Kami menuntut Kanada agar menyertai seruan antarabangsa yang semakin menambah untuk gencatan senjata segera. Kanada perlu bertindak sebelum lebih ramai kanak-kanak yang tidak bersalah terbunuh,” kata para penggubal undang-undang menyatakan dalam sepucuk surat yang disiarkan pada Jumaat lalu.

Surat tersebut, yang ditandatangani lebih daripada 30 Ahli Parlimen pelbagai parti politik termasuk Liberal, NDP, dan Greens, mengutuk serangan yang dilakukan Hamas pada 7 Oktober lalu.

Ia menekankan kepentingan mematuhi undang-undang antarabangsa apabila bertindak balas terhadap insiden-insiden sedemikian.

Pada 7 Oktober, kumpulan Hamas melancarkan serangan roket dalam skala besar secara mengejut terhadap Israel dari Semenanjung Gaza.

Selepas ia memasuki sempadan dan membunuh penduduk tempatan, Israel melancarkan serangan balas dan mengarahkan sekatan sepenuhnya ke atas Semenanjung Gaza, yang merupakan tempat tinggal lebih dari dua juta penduduk dengan menghentikan bekalan makanan, air dan bahan api.

Beribu-ribu maut dan cedera dilaporkan di kedua-dua belah pihak akibat daripada peningkatan ketegangan itu.

Beberapa pertubuhan Yahudi Kanada yang terkenal menggesa PM itu menarik balik dan menjelaskan kenyataannya sebelum ini berkaitan pengeboman yang dilakukan ke atas sebuah hospital Gaza yang mengorbankan ratusan rakyat Palestin yang berlindung daripada serangan balas Israel.

Pada hari Selasa, Hospital Al-Ahli Arab di Bandar Gaza dibom menyebabkan letupan besar  mengakibatkan lebih 500 orang terbunuh, menurut Kementerian Kesihatan Gaza.

Kumpulan Hamas menyalahkan serangan Israel itu, satu naratif yang ditolak oleh Angkatan Pertahanan Israel yang mengatakan kemusnahan hospital itu hospital disebabkan oleh roket yang gagal dilancarkan gerakan Jihad Islam Palestin. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast