TEL AVIV – Seorang pemimpin kanan Hamas dilaporkan diseksa hingga mati oleh regim Israel malam tadi.
Pasukan pembebasan Palestin, Hamas mengumumkan kematian Omar Daraghmeh yang ditempatkan dalam penjara Israel di Tebing Barat.
Jurucakap Hamas berkata, Daraghmeh “mati syahid akibat penyeksaan yang dikenakannya di penjara pendudukan” dan menyifatkan kematian beliau sebagai ‘pembunuhan’ oleh kerajaan Israel.
Ratusan rakyat Palestin dilaporkan keluar beramai-ramai di bandar Tubas di Tebing Barat membantah kematian pemimpin tertinggi Hamas.
Omar adalah salah seorang daripada ratusan rakyat Palestin yang ditahan oleh penjajah Israel dalam selepas Hamas melakukan operasi Banjir Al-Aqsa pada 7 Oktober lalu.
Israel sebelum ini dilaporkan telah menahan sekurang-kurangnya 800 rakyat Palestin. – Agensi