GAZA CITY – Angka kematian rakyat Palestin kini melepasi 5,000 nyawa dengan 1,119 adalah terdiri daripada kanak-kanak.
Media antarabangsa melaporkan wilayah Gaza diserang oleh regim Israel sepanjang malam tadi dengan lebih 400 dilaporkan maut dalam tempoh 24 jam yang lalu.
Pesawat rejim Zionis antaranya mengebom pangsapuri kediaman di barat kem Nuseirat yang terletak di tengah Gaza.
Jurucakap Kementerian Kesihatan Gaza Dr. Asyraf Al-Qudra berkata, pembunuhan secara besar-besaran juga berlaku di kawasan perumahan di Rafah menyebabkan berpuluh-puluh syahid dan cedera.
Hospital-hospital di Palestin juga dilaporkan sesak dengan mangsa serangan yang cedera parah selain menghadapi kekurangan bekalan ubat-ubatan selain terpaksa mencatu bahan bakar untuk generator yang membekalkan elektrik.
Sementara Shehab News melaporkan, lebih 1,500 laporan orang awam masih terperangkap di bawah runtuhan bangunan yang menjadi sasaran tentera Zionis.-Agensi