Anggota bomba Pulau Pinang memeriksa dan menguji aset sebagai persediaan menghadapi MTL di negeri itu di Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak.

GEORGE TOWN – Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang menyenaraikan 252 ‘hotspot’ di negeri ini yang berisiko banjir sepanjang musim Monsun Timur Laut (MTL).

Penolong Pengarah Operasi JBPM negeri, Khairy Sulaiman berkata, kawasan itu membabitkan tiga daerah khususnya iaitu Timur Laut (TL), Seberang Perai Utara (SPU) dan Seberang Perai Tengah (SPT)

Bagaimanapun, jelas beliau, kebanyakan lokasi yang dikenal pasti itu hanya membabitkan banjir kilat sahaja.

“Setakat ini tiada banjir besar berlaku di negeri ini namun pihak bomba sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

Peralatan termasuk lori diperiksa bagi memastikan tiada operasi banjir berjalan lancar.

“Kita juga melaksanakan pengujian dan pemeriksaan peralatan bagi memastikan segala aset-aset untuk menghadapi banjir seperti bot, dan peralatan marin khususnya berfungsi dengan baik dan mencukupi.

“Selain itu, kekuatan aset utiliti kenderaan seperti lori-lori dan trailer antara tiga hingga lima tan juga sentiasa diuji bagi memastikan berada dalam keadaan baik untuk menghadapi Operasi Banjir,” katanya ketika ditemui Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak di sini.

Mengulas lanjut Khairy berkata,  seramai 922 pegawai dan anggota neegri ini termasuk 89 anggota pasukan bomba bantuan bersiapsiaga menghadapi MTL yang dijangka bermula bulan depan hingga Mac 2024.

Kekuatan anggota bomba dan pasukan sukarela turut akan digunakan untuk membantu negeri lain sekiranya perlu.

“Kita juga akan menghantar bantuan anggota-anggota dan peralatan ke negeri lain yang berlaku banjir besar sekiranya diperlukan.

“Selain itu, kita turut menggiatkan latihan daripada segi kecekapan pengendalian bot, dan latihan pengukuhan teknik penyelamatan di air,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast