Richard Marles

CANBERRA – Australia menghantar dua pesawat pengangkut di Timur Tengah sebagai persediaan membawa pulang warga negara itu sekiranya konflik yang tercetus di Israel-Pelestin merebak.

Menurut The Times of Israel, dua pesawat Super Hercules C-130J telah dikerahkan dan sebilangan besar anggota turut dihantar tetapi enggan memberikan angka.

Menteri Pertahanan Richard Marles dilaporkan merahsiakan tempat mendarat dan lokasi pesawat itu bersedia.

“Maksudnya adalah untuk memberikan sokongan kepada penduduk Australia yang berada di Timur Tengah jika ini menjadi lebih teruk,” kata Marles kepada penyiar awam ABC.

Sebelum ini Australia telah pun menghantar pesawat pengangkut berat C-17A Globemaster dan pesawat mengisi bahan bakar udara KC-30 yang sudah berada di kawasan itu.

Sejak 13 Oktober lalu lebih 800 warga Australia telah diterbangkan keluar dari Israel.-Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast