BEIJING – Menteri Pertahanan China, Li Shangfu dipecat, dua bulan selepas penampilan terakhirnya di forum keselamatan Beijing bersama negara-negara Afrika pada pada 29 Ogos lalu.
Setakat ini tiada penjelasan berhubung pemecatan Shangfu.
Pengganti Shangfu juga tidak dibuat.
Shangfu merupakan menteri berprofil tinggi kedua yang kehilangan jawatan selepas pemecatan Menteri Luar China, Qin Gang pada Julai lalu.
Turut dipecat ialah beberapa pegawai tertinggi tentera.
Saluran televisyen negara China, CCTV, melaporkan Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan, meluluskan penyingkiran kedua-dua individu tersebut.
Meskipun tiada sebarang pengesahan, pemecatan Shangfu dipercayai akibat rasuah berkaitan perolehan peralatan
Penyingkirkan Shangfu yang memegang jawatan Menteri Pertahanan sejak Mac lalu menyebabkan China tidak menjejaskan Beijing untuk menerima lawatan pegawai pertahanan asing minggu ini.
Ketika Shangfu memimpin kementerian pertahanan, Kerajaan Amerika Syarikat mengenakan sekatan ke atasnya sebagai tindak balas terhadap pembelian pesawat tempur dan senjata Rusia oleh China.
Qin pula dipecatkan dari jawatan Menteri Luar Negeri China hanya tujuh bulan selepas beliau mula berkhidmat.
Wall Street Journal memetik beberapa sumber yang mengatakan Qin terlibat dalam hubungan intim semasa beliau menjadi Duta China ke Amerika Syarikat.
Qin dan Li turut disingkirkan daripada jawatan mereka dalam Majlis Negeri, yang merupakan kementerian negara China. – Agensi