Poster jualan BIGSABAH SALE

KUALA LUMPUR – Pengurus program ternama, Sabah International Convention Centre (SICC) mengalu-alukan para usahawan dan pembekal untuk menyertai jualan mereka yang tidak tak lama lagi.

Jualan terbesar itu akan diadakan di Dewan Kinabatangan – lll, Aras 2 pada 15 hingga 17 Disember 2023.

Mereka turut berjanji untuk menyediakan platform untuk mempamerkan pelbagai produk ketika pengguna mencari tawaran hebat dan promosi istimewa memastikan jumlah pengunjung yang tinggi untuk membuat pembelian.

SICC menjangkakan para pengunjung bukan sahaja dari bandar Kota Kinabalu tetapi dari seluruh Sabah, Sarawak dan Brunei.

Pihak pengurus juga menawarkan pakej luar biasa dan peluang hebat kepada usahawan dan pembekal yang mencari peluang untuk mempamerkan produk dan perkhidmatan.

Jualan Big Sabah adalah pameran pengguna terbesar yang akan berlangsung sempena ulang tahun ke-4 Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah yang mempromosikan barangan dengan harga istimewa.

Jualan ini merangkumi produk dari pelbagai kategori seperti fesyen, gaya hidup, barangan rumah, barangan kilang, peralatan elektrik, hiasan rumah dan pelbagainya.

Usahawan dan pembekal yang berminat boleh menghubungi nombor 0183713705 untuk maklumat lanjut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast