A. Aida. Foto media sosial.

KUALA LUMPUR – Penerbit filem,  Datuk A. Ada menerima dengan hati terbuka keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengenepikan bayaran ganti rugi sebanyak RM200,000 yang diperintahkan terhadap  Amelia Henderson kepada syarikat produksinya sebelum ini.

Bagaimanapun A. Aida atau Zaidah Awang, 53,  tetap menganggap jumlah yang perlu bayar Amelia sebanyak RM10,000 adalah rendah.

“Peguam saya belum dapat lagi alasan bertulis penghakiman tapi secara ringkas saya dimaklumkan peguam mahkamah bersetuju berlakunya pelanggaran kontrak seperti yang saya tuntut. Walaupun begitu jumlah RM10,000 yang diberikan dengan hormat saya berpendapat adalah rendah.

“Untuk fitnah, saya tidak dapat komen kerana ia adalah discretionary atas pemahaman posting tersebut dan mahkamah tinggi mendapati ia bukan fitnah.

“Saya menghormati keputusan Mahkamah Tinggi dan akan berbincang lanjut dengan peguam sama ada perlu atau tidak untuk merayu lanjut ke Mahkamah Rayuan.

“Apa yang jelas apa yang pernah saya perjuangkan berlakunya langgar kontrak telah turut diperaku oleh Mahkamah Tinggi dan mahkamah turut menasihati kepentingan menghormati kontrak agar ia tidak memberikan kepada pihak yang tak bersalah.

“Saya rasa kita perlu lihat secara menyeluruh keputusan Mahkamah Tinggi tersebut dan nasihat yang telah diberikan oleh Yang Arif tentang pentingnya menghormati kontrak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

A. Aida akur dengan keputusan mahkamah namun yang penting objektif memberi pengajaran kepada artis supaya menghormati kontrak yang telah ditandatangani telah tercapai melalui dan berusaha membawa kes berkenaan ke mahkamah.

Pesuruhjaya Kehakiman, Leong Wai Hong hari ini membenarkan rayuan Amelia berhubung keputusan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 18 April lalu yang memerintahkan aktres itu membayar ganti rugi RM200,000 kepada A. Aida Production.

Ia susulan Amelia melanggar kontrak penglibatannya menerusi drama terbitan A. Aida iaitu Sekali Lagi Cinta Kembali.

Mahkamah memerintahkan Amelia hanya perlu membayar ganti rugi nominal RM10,000 dalam tempoh 14 hari dan faedah lima peratus kepada A. Aida Productions bermula selepas keputusan ditetapkan.

Selain rayuan mengetepikan ganti rugi itu, Amelia atau Amelia Thripura Henderson, 28, turut memohon menangguhkan permohonan maaf yang perlu dibuat kepada A. Aida. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Amelia dapat diskaun, hanya bayar RM10,000 kepada A. Aida

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast