Foto Instagram Syamimia.

KUALA LUMPUR – Pempengaruh media sosial, Syamimia tampil memohon maaf selepas menerima kecaman hebat oleh netizen berhubung isu Palestin serta barangan perhiasan rumah, patung David sejak dua minggu lalu.

Menerusi hantaran terbaharunya di TikTok, dia mengakui kesilapan dirinya kerana kurang cakna dengan konflik Palestin-Israel yang berlaku ketika ini.

Syamimia juga memberitahu akan sentiasa memperbaiki kekurangan diri selain berusaha untuk menjadi seseorang yang lebih baik pada masa depan.

“Dengan rendah hati, saya Syamimia ingin sekali lagi memohon maaf kepada semua di atas kekurangan saya selama ini. Isu Palestin dan ukiran patung David telah mengajar saya untuk menjadi seseorang yang lebih peka pada isu semasa dan ini merupakan pengajaran terbesar dalam hidup saya.

“Saya bersyukur bimbingan yang anda berikan dan saya mengaku bersalah kerana tidak prihatin tentang isu ini, saya akui saya masih muda dan buat kesilapan. Kekurangan ini menjadi iktibar untuk saya perbaiki diri di masa hadapan.

“Sekali lagi saya ikhlas mohon maaf membuat anda berkecil hati dengan tindakan saya dan saya tiada niat untuk melukai sesiapa. Salam sayang, Syamimia,” katanya.

Sebelum ini, Syamimia antara pempengaruh media sosial yang mempunyai pengikut ramai dengan jumlah sekitar 1.3 juta orang namun selepas isu berkait dirinya tular, ibu kepada seorang anak itu kehilangan hampir setengah juta pengikut.

Rata-rata pengikutnya tetap bertindak untuk ‘unfollow’ kerana berkecil hati dengan tindakannya sebelum ini meskipun dia telah tampil membuat permohonan maaf menerusi siaran langsung di TikTok pada minggu lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast