KUALA LUMPUR – Socar, platform kongsi kereta dan kereta sewa di Malaysia menubuhkan zonnya di 25 stesen MRT dan LRT bagi melengkapi aksesibiliti pengangkutan awam dan memberi engalaman pengangkutan yang lancar dan bebas masalah kepada pengguna pengangkutan awam.
Ketua Pegawai Eksekutif Socar, Shylendra Nathan berkata, Zon Socar merentasi laluan MRT dan LRT utama di Lembah Klang, Selangor termasuk stesen terkemuka seperti LRT KL Sentral, LRT Sentul dan MRT Mutiara Damansara serta Ipoh.
“Matlamat kami untuk menyediakan alternatif kepada dengan mudah, berpatutan dan fleksibel sekali gus meningkatkan perjalanan harian mereka,” katanya dalam kenyataan di sini.
Menurutnya, Socar menawarkan pelbagai jenis kenderaan yang ada, terdiri daripada hatchback yang lincah sesuai untuk perjalanan solo yang cepat hingga SUV yang luas yang sempurna untuk menampung keluarga atau kumpulan yang lebih besar
Zon Socar juga menawarkan pengguna pengangkutan akses mudah ke perkhidmatan SOCAR-2-YOU SOCAR — yang menghantar dan mengambil kenderaan yang telah ditempah dari lokasi-lokasi terpilih untuk perjalanan pengguna.
“Pengguna tidak lagi perlu risau tentang perjalanan mereka untuk mengambil kereta mereka kerana dengan hanya beberapa ketikan pada telefon, kereta itu akan berada tepat di depan mereka,” tambahnya.
Shylendra berkata, proses pembayaran Socar telah diperkemas dengan membolehkan penumpang membayar berdasarkan masa mereka menggunakan kenderaan dan jarak perjalanan.
Sistem pembayaran yang fleksibel ini memastikan penumpang hanya membayar untuk tempoh dan jarak perjalanan yang tepat, menghapuskan sebarang perbelanjaan yang tidak perlu.
Selain itu, Socar juga menyediakan pengguna dengan akses tanpa kunci kepada kenderaan mereka, memudahkan proses pengambilan dan penghantaran.
“Dengan hanya beberapa ketikan pada telefon pintar mereka, penumpang boleh mengakses kenderaan pilihan mereka, meningkatkan lagi kemudahan dan kecekapan pengalaman perjalanan bandar mereka,” ujar beliau. – MalaysiaGazette