Pusat edaran terbaharu Eskayvie kini dibuka di KK Times Square, Kota Kinabalu, Sabah.

KUALA LUMPUR – Syarikat pengeluar produk kesihatan  nombor satu di negara, Eskayvie terus meluaskan jenamanya di luar Semenanjung Malaysia dengan pembukaan pusat edaran terbaharu di KK Times Square, Kota Kinabalu, Sabah baru-baru ini

Pengarah Urusan Eskayvie, Kartika Wati Mohamed berkata, pembukaan pusat edaran itu bagi memenuhi keperluan penduduk Sabah agar produk dapat diperoleh dengan cepat selain pelanggan dapat menikmati penjimatan untuk kos penghantaran.

Menurutnya, sejak Eskayvie memperkenal model perniagaan baru iaitu Eskayvie Nexus tiga tahun lalu, syarikat menyaksikan peningkatan terhadap permintaan produk syarikat terutamanya di negeri Borneo itu.

“Justeru, dengan pembukaan pusat edaran di Kota Kinabalu ini, kami berharap dapat berkongsi kebaikan produk kesihatan berkualiti tinggi keluaran Eskayvie ini kepada lebih 3.5 juta penduduk Sabah yang memerlukan.

“Pusat edaran ini turut menyediakan akademi latihan bagi melahirkan lebih ramai usahawan di Sabah di mana program latihan dan bimbingan komprehensif disediakan untuk membantu setiap usahawan membangunkan perniagaan yang berjaya sekaligus mencapai tahap kewangan yang lebih baik.

“Setiap usahawan ini akan mempelajari langkah demi langkah menghasilkan pendapatan minimum RM3,000 sebulan atau lebih,” katanya dalam satu kenyataan.

Kartika Wati yang juga wanita pertama menerima Anugerah Usahawan Wanita Terbaik 2022 oleh SME Corp berkata, pihaknya menyasarkan untuk melahirkan 2,000 ssahawan Eskayvie baharu yang akan menghasilkan jualan sehingga RM10 juta setahun di
Sabah pada tahun depan.

Beliau berharap penduduk negeri itu  merebut peluang perniagaan bersama pihaknya kerana ia 100 peratus tanpa risiko kerugian dan eluang perniagaan yang disediakan ini sangat mudah di mana tanpa modal dan tidak perlu simpan stok.

“Malah, mereka tidak perlu risau mengenai penghantaran produk kerana semuanya diuruskan oleh syarikat.

“Mereka yang ada pengalaman berniaga tetapi masih belum berjaya juga berpeluang untuk berjaya melalui bimbingan secara holistik oleh pasukan kami yang berpengalaman dalam membangunkan perniagaan sehingga ke peringkat global.

“Saya berharap inisiatif seperti ini menjadi pemangkin kepada setiap usahawan di Sabah untuk mengambil peluang yang diberikan. Peluang seperti ini tidak boleh dilepaskan begitu saja lebih-lebih lagi kepada mereka yang ingin menjadi usahawan berjaya,” katanya.

Pada majlis sama, Ketua Pegawai Eksekutif Eskayvie selaku formulator produk-produk berkualiti Eskayvie Dr Syid Ayob Syid Mustafa AlQudri turut berkongsi pandangan mengenai amalan gaya hidup sihat.

Beliau berkata, keseluruhan rangkaian produk syarikaty bukan saja diformulasikan daripada bahan semula jadi, malah menggunakan bahan berkualiti premium dan berpaten dunia dan ia sangat penting bagi membantu tahap kesihatan masyarakat di Malaysia.

“Isu kesihatan di Malaysia semakin serius termasuklah berkaitan kesihatan mental yang semakin menjadi tumpuan dan penting untuk kita lakukan langkah-langkah dalam memperbaiki keadaan kesihatan kita dengan mengamalkan gaya hidup sihat melalui amalan pemakanan yang semula jadi dan berkhasiat.

“Pengambilan nutrisi tertentu juga diperlukan kerana ia terbukti memberi kesan positif terhadap kesihatan minda.

“Eskayvie turut memformulasikan Mindtropic dan i-Qids khusus bagi menyokong kesihatan minda yang membantu individu lebih fokus, menguatkan memori dan
mengurangkan stres,” katanya.

Menurutnya, Eskayvie menawarkan pendekatan menyeluruh untuk penjagaan kesihatan dengan rangkaian produk yang merangkumi detoks, pemulihan, peremajaan, penstabilan dan imuniti. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast