Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf . Foto WAN NABIL NASIR, 26 OKTOBER 2023.

KUALA LUMPUR – Seorang peguam sebuah syarikat pelaburan dan dipercayai mempunyai kaitan dengan pengasas bersama syarikat penerbangan tambang rendah MYAirline telah dibebaskan dengan jaminan polis, pada Jumaat lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata lelaki berumur 62 tahun itu telah dibebaskan pada 9 malam di Balai Polis Pudu, di sini.

Beliau dalam kenyataan hari ini berkata peguam itu akan dipanggil semula untuk menyambung rakaman percakapan.

Pada 27 Okt, empat individu termasuk peguam itu telah ditahan pada Khamis bagi membantu siasatan kes syarikat pelaburan i-Serve dan dipercayai mempunyai kaitan dengan pengasas bersama syarikat penerbangan tambang rendah MYAirline dan masing-masing direman satu hingga empat hari.

Beliau berkata kesemua suspek berkhidmat di syarikat i-Serve, dengan memegang jawatan pembantu kewangan, pengurus penyelidikan dan pembangunan (R&D), peguam dan pemegang saham.

Pada 17 Okt lepas, polis menahan seorang pengasas bersama dan pemegang saham sebuah syarikat penerbangan bergelar ‘Datuk’ serta isteri dan anak lelakinya, bagi membantu siasatan kes mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast