Foto TikTok Zul Yahya.

KUALA LUMPUR – Pelakon Zul Yahya mempunyai cara tersendiri dalam menunjukkan solidariti terhadap umat Islam di Palestin susulan berdepan dengan kekejaman zionis Israel.

Dia kini sanggup mengayuh basikal dari Ipoh ke Johor Bahru sejak 21 Oktober lalu dilakukan dengan tujuan mengutip dana untuk penduduk Gaza.

Zul atau Zulkifli Yahya, 50, berkata, ia dikenali Kayuhan Insan dan kini sudah berada di Melaka.

Beliau berharap orang ramai turut menunjukkan sokongan terhadap Palestin yang sedang menjadi mangsa kekejaman Israel.

“Usaha kecil ini bagi menaikkan semangat dan sokongan kita kepada rakyat Palestin. Saya juga membawa tabung sumbangan untuk sama-sama berkongsi rezeki kepada saudara kita di sana.

“Ayuh! Kibarkan bendera Palestin di rumah dan premis anda sebagai tanda sokongan serta semangat kita kepada rakyat di sana,” katanya.

Zul berkongsi perkara itu menerusi akuan TikTok miliknya yang turut memaparkan dirinya sedang mengayuh basikal menunuju ke destinasi serterusnya.

Menerusi hantaran tersebut juga memaparkan Zul tidak mengalah dalam terus mengayuh basikal meskipun berdepan dengan hujan lebat.

Sementara  itu, Zul juga berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesihatannya.

“Teruskan berdoa semoga setiap kebaikan kita diterima Allah SWT dan menjadikan kayuhan ini asbab orang lain memberi pertolongan kepada penduduk di Gaza,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast