Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berbual dengan tentera simpanan Zionis.

TEL AVIV – Israel mendakwa seroang askar simpanan dan tiga yang lain cedera selepas kereta kebal yang dinaiki mengalami kemalangan dan terbalik.

Media Israel melaporkan, kemalangan berkenaan berlaku di selatan Israel berhampiran sempadan dengan Gaza dan askar yang mati dikenali sebagai Yinon Fleischman, 31.

Tentera Zionis tidak memberikan butiran mengenai keadaan kejadian yang berlaku ketika kereta kebal itu memandu di sepanjang laluan sempadan berhampiran bandar utara Rosh Hanikra.

Insiden itu berlaku di tengah-tengah amaran tertinggi dan pertempuran yang kerap di sepanjang sempadan utara dengan kumpulan Hizbullah dan Palestin yang berpangkalan di Lubnan dan ketika Israel memerangi Hamas di Gaza.

Hizbullah yang disokong Iran telah menembak berpuluh-puluh peluru berpandu anti-kereta kebal, roket dan mortar ke arah kedudukan tentera Israel dan bandar-bandar Israel sejak serangan Hamas yang membunuh pada 7 Oktober.

The Times of Israel melaporkan, Hizbullah juga menghantar askar bersenjata – ada yang bergabung dengan kumpulan pejuang Palestin – untuk menyusup ke utara Israel.

Kumpulan itu turut menghantar serangan menggunakan dron.-Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast