bursa ringgit
Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR – Pelabur asing menjadi penjual bersih Bursa Malaysia selama dua minggu berturut-turut, dengan jumlah jualan bersih sebanyak RM396.9 juta.

MIDF Research berkata, pelabur asing melakukan jualan setiap hari minggu lalu.

Menurutnya, hari Rabu menyaksikan aliran keluar tertinggi sebanyak RM150.4 juta, dengan pelabur asing menjual saham seperti Hong Leong Bank (-RM54.0 juta), KL Kepong (-RM33.6 juta) dan Gamuda (-RM22.4 juta).

Setakat ini, pelabur asing telah menjual bersih RM4.13b di Bursa Malaysia.

Tiga sektor teratas dengan aliran masuk asing bersih tertinggi ialah utiliti (RM107.7 juta), teknologi (RM18.5 juta) dan hartanah (RM16.2 juta), manakala tiga sektor teratas dengan aliran keluar asing bersih tertinggi ialah perkhidmatan kewangan (-RM181. 9 juta), produk & perkhidmatan pengguna (-RM101.4 juta) dan pembinaan (-RM65.0 juta).

Institusi tempatan pula mengekalkan trend pembelian ekuiti domestik untuk minggu keempat berturut-turut, dengan jumlah belian bersih RM493.1 juta.

Sektor yang menjadi pilihan ialah perkhidmatan kewangan (RM236.0 juta), produk & perkhidmatan pengguna (RM76.4 juta) dan pembinaan (RM50.3 juta).

Setakat ini, institusi tempatan telah membeli bersih RM4.88 bilion ekuiti.

Peruncit tempatan kekal sebagai penjual bersih ekuiti domestik untuk minggu ketiga berturut-turut, berjumlah RM96.2 juta dalam jualan bersih.

Setakat ini, pelabur runcit telah mengumpul jualan bersih berjumlah RM756.8 juta.

Dari segi penyertaan, terdapat penurunan dalam purata volum dagangan harian (ADTV) dalam kalangan pelabur runcit (-3.6%) dan asing (-26.1%), tetapi peningkatan dalam kalangan pelabur institusi (+2.7%). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast