Pesawat EL AL Israel Airlines

TEL AVIV – Syarikat penerbangan nasional Israel, El Al Israel Airlines mengelak daripada menggunakan ruang udara Arab Saudi dan Oman untuk penerbangan ke Asia Selatannya kerana bimbang akan keselamatan pesawat, lapor media Israel pada hari Isnin.

Keputusan itu menyebabkan tempoh penerbangan dari Tel Aviv ke Bangkok, ibu negara Thailand, kini mengambil masa 11.5 jam berbanding 8.5 jam sebelumnya.

El Al pada Februari  lalu menjadi syarikat penerbangan nasional Israel pertama  menggunakan koridor baharu di Arab Saudi dan Oman, selepas Muscat menyertai Riyadh  membenarkan penerbangan awam Israel.

Jurucakap El Al berkata, setakat ini  tiada ancaman khusus terhadap pesawat El Al tetapi syarikat penerbangan itu memilih untuk kembali semula ke laluan di Arab Saudi, bukan Oman.

Israel telah meningkatkan keselamatan di semua rangkaian pengangkutannya sejak serangan Hamas ke atas Israel pada 7 Oktober lalu. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast